Home / Bola Sepak / FAM AMBIL POSITIF SARANAN SEMUA PIHAK

FAM AMBIL POSITIF SARANAN SEMUA PIHAK

Saranan beberapa pihak termasuk pemain agar pegawai atasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turun menampilkan keprihatinan dan bersolidariti dengan membuat permotongan gaji seperti mana yang dilakukan kepada pemain-pemain beberapa pasukan ketika ini nyata diambil positif badan induk itu.

Timbalan presidennya Datuk Yusuf Mahadi optimis pengalaman presiden Datuk Hamidin Muhd Amin sewaktu berdepan pelbagai isu sebelum ini membolehkannya membuat pertimbangan sewajarnya berkaitan saranan itu.

Arena bola sepak tanahair sememangnya terkesan dengan penularan Covid-19 yang menyebabkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) seterusnya menangguhkan semua pertandingan.

Badan induk FAM pastinya tidak terlepas daripada impak yang bakal dihadapi dan perlu bersedia dengan kaedah bersesuaian.

Kebajikan pemain dan pasukan tempatan perlu diutamakan sekaligus memerlukan pertimbangan semua pihak.