Home / Bola Sepak / Faizal optimis pasukan bolasepak pantai negara mampu mara lebih jauh

Faizal optimis pasukan bolasepak pantai negara mampu mara lebih jauh

Skuad bola sepak pantai kebangsaan tidak meletakkan sasaran tinggi namun yakin untuk mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2019. Kejohanan kali ke-9 akan berlangsung di Pattaya Thailand bermula dari 9 sehingga 17 Mac 2019.

Kejohanan ini adalah sebahagian daripada kelayakan ke kejohanan bola sepak pantai FIFA Piala Dunia 2019 yang akan berlangsung di Paraguay November ini dimana Tiga pasukan terbaik akan layak secara automatik ke piala dunia.

Setelah undian menyaksikan Malaysia diletakkan dalam kumpulan A bersama tuan rumah Thailand, Afghanistan dan Palestine.

Sumber : AFC Beach Soccer Championship

“Pada edisi ini kami berharap dapat melepasi peringkat kumpulan seterusnya bersaing di suku akhir. Tetapi pada masa yang sama saingan dan cabaran bakal ditempuhi terutama dari pasukan yang pernah beraksi di piala dunia seperti Iran, Jepun dan UAE,” jelas ketua jurulatih negara Mohammed Faizal Sood ketika dihubungi.

Faizal turut yakin Malaysia tidak menghadapi masalah untuk melepasi peringkat kumpulan berdasarkan pencapaian semasa serta rekod-rekod perlawanan sebelum ini.

“Perlawanan pertama menentang Afghanistan merupakan kayu pengukur buat Malaysia.Saya masih ingat ketika kami tewas dua tahun lalu di Kuala Terengganu, dan saya beranggapan pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan memenangi perlawanan”.

Foto : AFC Beach Soccer Championship

“Saya turut mengharapkan AFC dapat membantu Malaysia dalam memperkasakan bola sepak pantai di peringkat Asia dan juga Asia Tenggara terutamanya di Malaysia menerusi lebih banyak pertandingan terutama cadangan pertandingan diantara kelab.

“Dalam masa yang sama juga saya menghormati semua pasukan yang bakal bertanding dalam kejohanan ini serta tahniah dan syabas kepada AFC diatas penganjuran pada kali ini”, ujar Faizal dengan penuh optimis ketika ditemui di sidang media.

Foto : AFC Beach Soccer Championship

Kejohanan ini bakal menyaksikan 15 pasukan terbaik Asia mengambil bahagian. Pada edisi dua tahun terdahulu di Kuala Terengganu, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan.

Skuad negara turut dibarisi dengan pemain pengalaman dari edisi terdahulu selain dari empat muka baharu bagi menggalas cabaran negara.

Dari meja SukanMalaysiaDotMY mengucapkan selamat berjuang buat coach Faizal dan semoga berjaya buat pasukan bola sepak pantai Malaysia di Pattaya, Thailand!!!