Home / Lain - Lain / EMPAT STADIUM BAHARU BAKAL DI BINA DI KELANTAN SEBAGAI HOST SUKMA 2024

EMPAT STADIUM BAHARU BAKAL DI BINA DI KELANTAN SEBAGAI HOST SUKMA 2024

Empat stadium baharu di Kota Bharu, Jeli dan Pasir Puteh akan dibina sebagai persiapan Kelantan untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Ia merangkumi jumlah peruntukan lebih RM600 juta dengan pembinaan struktur berkenaan akan dimulakan tahun depan dan dijangka siap sebelum temasya mengambil tempat pada 2024.

Pastinya persiapan rapi dirancang kerajaan negeri dengan edisi ke 22 temasya itu nanti adalah penganjuran sulung Kelantan selaku penganjur Sukma.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan NGO Kelantan Wan Roslan Wan Hamad Kompleks Sukan Merbau di Pasir Puteh kira-kira 30 km dari Kota Bharu akan menempatkan dua stadium utama.

Turut dalam perbincangan pembinaan penginapan atlet selain sebuah sekolah sukan bagi melahirkan lebih ramai lagi atlet dari peringkat akar umbi.

Bagi memaksimumkan penggunaan kompleks sukan di Pasir Puteh ia turut akan dilengkapi dengan litar perlumbaan bagi sukan permotoran.

Selain lokasi di Pasir Puteh sebuah kompleks sukan pula akan dibina di Kota Bharu manakala veledrom bagi acara basikal trek akan dibina di Jeli.

Kerajaan negeri Kelantan sudah membelanjakan lebih RM10 juta bagi proses pembelian tanah di kawasan sekitar bagi pembinaan struktur sukan yang terbesar di negeri itu yang bakal memberi manfaat kepada rakyat negeri Kelantan.