Home / Lain - Lain / EAM PANTAU DAN WASPADA PENULARAN PENYAKIT KUDA AFRIKA (AFRICAN HORSE SICKNESS)

EAM PANTAU DAN WASPADA PENULARAN PENYAKIT KUDA AFRIKA (AFRICAN HORSE SICKNESS)

Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) mengeluarkan amaran berwaspada berikutan penularan penyakit kuda Afrika (AHS) yang sedang melanda Thailand.

Penularan virus penyakit yang berasal dari Afrika itu dilaporkan telah menyebabkan kematian 42 ekor kuda di wilayah timur utara Korat.

Sehubungan penularan penyakit itu, EAM selaku badan yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan mempromosikan acara equestrian di negara ini telah mengeluarkan satu perkeliling bagi menjaga populasi kuda langkah pencegahan bio sekurity.

Antara langkah-langkah yang diambil ialah dengan menghadkan pergerakan kuda, mengasingkan kuda yang mempunyai tanda-tanda klinikal dan membuat semburan membasmi kuman keatas kesemua kenderaan makanan dan makanan sepenuhnya.

Pengerusi veterinar EAM menggesa pemilik kadang kuda di utara iaitu di Kedah, Perlis dan Terengganu mengemaskini log pergerakan untuk kuda-kuda dari Thailand bagi tempuh 30 hari kebelakangan ini.

Jika ada kuda yang menunjukkan tanda demam panas, hidung berhingus, kurang selera makan, kesukaran bernafas atau mati secara tiba-tiba mereka perlu melaporkan segera ke Jabatan Veterina dan EAM dengan segara.

Selain itu pemantauan pemilihan kuda tanpa kebenaran, semburan pencegahan di ladang dan persekitaran serta menjaga kebersihan pemakanan dan air kuda perlu diberi lebih perhatian.

Langkah berjaga-jaga kini diambil atlet equestrain negara Qabil Ambak berikutan penularan virus AHS ini yang sudah merebak di Thailand.

Menurut Qabil setakat ini belum ada tanda-tanda penyakit berkenaan menjangkiti kuda-kuda di Malaysia.

Sebagai pendekatan awal proses disinfeksi turut dijalankan di Pusat Equestrain 3Q milik keluarganya di Rawang. Tambah Qabil setakat ini ada 49 ekor kuda ditempatkan di 3Q dan ini termasuk kandang yang disewa pihak luar.