Home / Golf / Eagle Bawa Hans Terbang Tinggi

Eagle Bawa Hans Terbang Tinggi

Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Hans Jamil bersama piala kemenangan. Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Lumut 15 Feb 2013 : Eagle di lubang terakhir ternyata membawa tuah kepada pemain golf professional negara, Hans Jamil apabila berjaya membawa beliau terbang tinggi untuk muncul sebagai juara  Kejohanan Golf Tertutup Swiss Garden 2014 di Damai Laut Golf & Country Club, Lumut, Perak. Lebih manis, kejayaan ini merupakan kejayaan pertama buat Hans Jamil semenjak beliau menjadi pemain golf professional 10 tahun yang lalu.

Reaksi Hans Jamil ketika berjaya membenam Eagle di lubang ke 18. Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Ketika tumpuan penonton lebih terarah kepada Kemarol Baharin yang merupakan pendahulu hari ketiga, Hans membuktikan ketabahan dan keyakinan yang tinggi merupakan kunci sesebuah kejayaan apabila bermain dengan penuh yakin untuk memberi saingan kepada Kemarol yang mula hilang punca apabila masuk ke lubang kesepuluh. Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Kemarol, walaupun pada satu ketika mendahului dengan 5 pukulan di hadapan namun catatan bogey dari lubang ke sepuluh hingga ke lubang 15, dan triple bogey di lubang ke 16 mengagalkan peluang Kemarol. Sebaliknya, Hans yang tenang mengawal situasi permainan mula yakin apabila berjaya membenam birdie di lubang ke sebelas dan kemuncak kejayaan Hans apabila berjaya mendapatkan ‘Eagle’ dilubang terakhir untuk membolehkan beliau muncul juara dengan melakukan catatan keseluruhan 285pukulan, 3 di bawah par.

‘Ini merupakan kejayaan paling manis dalam karier saya sebagai pemain golf. Pada satu ketika saya hampir berputus asa dan ingin berhenti dari bermain golf. Namun nasihat dari keluarga dan kawan-kawan menyebabkan saya terus bertahan dan hari ini ketabahan saya dibayar dengan kemenangan’ ujar Hans sketika ditemui selepas penyampaian hadiah.

Kemenangan ini juga membolehkan Hans Jamil membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM27,200.00 beserta trofi yang disampaikan oleh Presiden PGM, Yang Berbahagia Tun Ahmad Sarji Bin Hj Abd Hamid.

Sementara itu seorang lagi pemain professional negara yang bermain dalam Jelajah Asia, Iain Steel, berjaya mengekalkan rentak permainan beliau apabila mencatatkan 287 pukulan, 1 di bawah par untuk memintas Kemarol Baharin di tempat kedua.

Iain Steel melakukan pukulan di lubang ke sembilan. Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Kejohanan Golf Tertutup Swiss Garden 2014 merupakan kejohanan kedua dalam siri jelajah PGM Tour Malaysia dan kejohanan kali ini merupakan kejohanan tertutup, hanya untuk pemain-pemain professional di Malaysia dengan objektif untuk meningkatkan lagi kualiti permainan pemain-pemain professional golf di Malaysia.

Keputusan Penuh 5 pemain Terbaik Kejohanan:-

[divider]1. Hans Jamil | 285 Pukulan | -3

2. Iain Steel |287 Pukulan | -1

3. Kemarol Baharin | 288 Pukulan | E

4. Md Rashid Ismail | 290 Pukulan | +2

5. R Nachimuthu | 290 Pukulan | +2

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*