Home / Hoki / DUA PEMAIN HOCKADEMY BAKAL TABUR BAKTI DI MELBOURNE

DUA PEMAIN HOCKADEMY BAKAL TABUR BAKTI DI MELBOURNE

Dua pemain muda kelab hoki Hockademy Zafri Afiq Nor Azlan dan Muhammad Fikri Amer Runnizar bakal melebarkan sayap ke saingan liga hoki Australia selama enam bulan bermula April nanti.

Tawaran ini sudah pasti menggembirakan Hockademy selaras dengan misi utama mereka untuk menghantar seramai mungkin pemain ke luar negara menimba pengalaman.

Peluang enam bulan beraksi bersama kelab Greater Dandenong Warriors pastinya peluang keemasan buat Zafiq (20 tahun) dan Fikri (21 tahun) mempelajari skill dan teknik berbeza.

Kelab berpengkalan di Melbourne ini akan beraksi di Liga Divisyen Satu Liga Hoki Melbourne dan pastinya mereka mahu membantu kelab baharu mereka ini layak beraksi di liga premier Melbourne musim hadapan.

Menurut presiden Hockademy Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin Megat D Shahriman Zaharudin berharap ia akan menjadi titik permulaan kepada usaha lebih besar untuk memberi peluang kepada pemain tempatan lain beraksi di luar negara.

Sementara itu jurulatih Hockademy S Selvaraju berharap Zafiq dan Fikri dapat menyesuaikan diri dan fokus bagi mempertingkatkan prestasi.

Bagi kedua-dua pemain mereka sudah bersedia membantu majikan baharu mereka mencapai misi layak ke Liga Premier Melbourne.

Kedua-dua pemain ini akan berlepas ke Melbourne April ini selepas urusan visa dan pelepasan NOC oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).