
Aksi Marc Marquez ketika hari terakhir sessi ujian MotoGP2014 di Litar Sepang. Gambar oleh Shazli Shamsuddin.
Juara MotoGP dunia, Marc Marquez dari Spain membuktikan mengapa beliau perlu dihormati sebagai Juara MotoGP dunia apabila menunggang dengan penuh yakin untuk mencatatkan masa terpantas sepusingan 1:59:533saat dalam sessi hari terakhir ujian MotoGP 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.
Sementara itu, bekas juara dunia MotoGP sebanyak 9 kali, Valentino Rossi yang menunggang untuk pasukan Yamaha Factory Racing juga mencatatkan masa terbaik beliau di Litar F1 Sepang apabila berjaya mencatatkan 1:59.727saat.Turut sama berjaya mencatatkan kepantasan dibawah 2 minit ialah rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo yang mencatatkan masa 1:59:866 dan penunggang dari pasukan NGM Mobile Forward Racing, Aleix Espargaro yang mencatatkan masa 1:59:998saat.Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.