Home / Golf / Danny kembali ke CIMB Classic

Danny kembali ke CIMB Classic

1233006_10152655841748270_251292040591226356_o

SapuraKencana Petroleum Senior Vice President – Energy & Joint Ventures Datuk Kris Azman Abdullah menyampaikan hadiah kemenangan kepada Danny Chia. Gambar oleh Khalid Redza / CIMB

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2014 : Pemain golf negara, Danny Chia membuktikan pengalaman mengatasi segalanya, apabila menggunakan segala keringat dan pengalaman yang beliau ada untuk memenangi permainan ‘playoff’ di Kejohanan Golf Kelayakkan Kebangsaan Sapura Kencana, seterusnya merebut satu tempat ke Kejohanan Golf CIMB Classic 2014 di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Danny yang merupakan pendahulu sejak dari hari pertama kejohanan, dilihat hampir berputus asa apabila pukulannya kurang menjadi sejak dari awal permainan dan diberi tentangan sengit oleh pendahulu di tempat kedua, Khor Kheng Hwai. Di lubang 13, Kheng Hwai yang berusaha untuk tampil di Kejohanan CIMB Classic buat kali pertama, mendahului 4 pukulan di hadapan Danny. Namun kesilapan Kheng Hwai di lubang 14, menjadikan beliau seolah hilang fokus dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Danny mengambil peluang tersebut dengan melakukan birdie di dua lubang terakhir untuk mengikat Kheng Hwai dengan catatan 213 pukulan, 3 di bawah par seterusnya mengheret ke permainan ‘playoff’.

‘Saya mengambarkan sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku pada minggu ini, namun saya berusaha melawan perasaan saya dan fokus dengan setiap pukulan yang saya lakukan. Sudah pasti saya teruja untuk beraksi sekali lagi di CIMB Classic dan saya gembira kerana berjaya melakukannya setelah bergelut dengan kecederaan yang saya alami. Saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kejohanan ini, ujar Danny yang berjaya membawa pulang hadiah wan tunai berjumlah RM22,000.00

Dengan kejayaan di Kejohanan Golf Kelayakkan Kebangsaan Sapura Kencana ini, Danny Chia akan beraksi bersama 60 pemain bintang Jelajah PGA dan 10 pemain Jelajah Asia di Kejohanan Golf CIMB Classic yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah 7juta US. Ini merupakan edisi keempat CIMB Classic yang merupakan kejohanan di dalam jadual Jelajah PGA 2014/2015 dan menawarkan mata penuh untuk FedExCup

Keputusan 3 tempat terbaik:-

213 – Danny Chia 66-76-71, Khor Kheng Hwai 74-69-70

(Danny Chia memenangi permainan play-off)

217 – Mohd Azman 72-73-72, Mohd Rizal Amin 72-72-73

219 – M. Sasidaran 75-75-69, Mohd Sukree 76-72-71, Airil Rizman 71-75-73

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*