Home / Golf / Danny buka kempen 2015 dengan bergaya.

Danny buka kempen 2015 dengan bergaya.

Danny Chia dari Malaysia bersama trofi selepas memenangi kejohanan  PGM Panasonic Open Malaysia - Tournament of Champions. Gambar oleh Arep Kulal / PGM Tour

Danny Chia dari Malaysia bersama trofi selepas memenangi kejohanan PGM Panasonic Open Malaysia – Tournament of Champions. Gambar oleh Arep Kulal / PGM Tour

RAWANG 10 Januari 2015 : Pemain golf negara, Danny Chia membuka kempen tahun 2015 dengan bergaya apabila muncul juara Kejohanan Golf Terbuka Panasonic Malaysia – Tournament of Champions 2015, di Templer Golf & Country Club, Rawang, Selangor hari ini.

Danny, 42 tahun yang mendahului sejak pusingan kedua kejohanan melakukan dua bawah par 70 pukulan pada hari terakhir kejohanan bagi jumlah keseluruhan 16 bawah par 272 dengan kelebihan lapan pukulan dibelakang pemain ditempat kedua Mardan Mamat dari Singapura.

‘Secara keseluruhannya saya gembira dengan permulaan ini dan saya yakin ianya menjadi tanda tahun yang lebih baik buat saya setelah saya bergelumang dengan kecederaan pada tahun 2014. Ianya memberi saya keyakinan untuk menyahut cabaran di kejohanan lain di tahun 2015’- ujar Danny ringkas selepas kejohanan.

Sementara itu seorang lagi pemain Malaysia, Kenneth De Silva menyerlah dengan tiga bawah par 69 untuk terikat tempat ketiga bersama pemain amatur dari Malaysia, Gavin Kyle Green.

KEPUTUSAN PUSINGAN TERAKHIR

272 -Danny Chia (Mas) 71-64-67-70

280 – Mardan Mamat (Sin) 69-68-72-71

282 – Kenneth De Silva (Mas) 72-69-72-69, Gavin Green (Mas-Am) 71-70-69-72

283 – Kwanchai Tannin (Tha) 70-69-73-71

284 – Kemarol Baharin (Mas) 69-70-73-72

286 – Shaaban Hussin (Mas) 71-73-72-70, Wisut Artjanawat (Tha) 69-67-74-76

287 – Ben Leong (Mas) 74-68-75-70

288 – Jhonnel Ababa (Phi) 72-72-70-74

289 – Masaru Takahashi (Jpn) 73-72-71-73, Nicholas Fung (Mas) 71-71-73-74

291 – Mitsuhiko Hashizume (Jpn) 71-74-74-72, Airil Rizman (Mas) 76-71-73-72

293 – James Bowen (AS) 74-70-76-73, Wilson Choo (Mas) 75-72-74-72

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*