Home / Lain - Lain / DANIAL MAHU BALAS BUDI ATAS USAHA DAN PENGORBANAN SEMUA PIHAK

DANIAL MAHU BALAS BUDI ATAS USAHA DAN PENGORBANAN SEMUA PIHAK

Pelumba negara Mohamad Danial Syahmi kini mahu buktikan usaha dan pengorbanan semua pihak terhadap dirinya nyata berbaloi.

Danial yang mengalami kemalangan ngeri pada 4 November 2018 ketika beraksi bagi perlumbaan Asian Talent Cup (ATC) di Litar SIC Sepang hingga menyebabkan betis kaki kanannya hancur telah melalui proses transformasi cukup menakjubkan hasil rawatan stemcell yang dilakukan oleh Hospital Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC).

Akibat dari kemalangan yang berlaku ketika bersaing sengit pada kelajuan melebihi 280km sejam dengan pencabar dari Jepun menuju ke garisan penamat menyebabkan tulang betis kanannya hancur kira-kira 10cm yang pada ketika kejadian dilihat tiada lagi harapan untuk diselamatkan.

Selepas dua tahun menjalani rawatan stemcell ia membuahkan hasil menyaksikan pertumbuhan tulang sebanyak 13cm yang menjadikan kes pertama seumpama itu dikendalikan oleh Hospital Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC).

Bagi pengurus pasukan SIC Junior Zulfahmi Khairuddin perkembangan positif yang ditunjukkan Danial membuktikan dia berjiwa kental dan tidak cepat mengalah.

Ketika ini beliau yang berlumba untuk pasukan SIC Racing berada di kedudukan kedua keseluruhan Kelas 250 pada perlumbaan Malaysia Superbika Championship (MSBK) yang berbaki satu perlumbaan lagi.