Home / Golf / Daeng catat sejarah di Kejohanan Golf Tertutup PGM Danau

Daeng catat sejarah di Kejohanan Golf Tertutup PGM Danau

Bangi, 25 April 2015 – Daeng Abdul Rahman muncul sebagai pemain termuda yang pernah memenangi kejohanan PGM setelah memenangi Kejohanan Tertutup Golf PGM Danau di Kelab Golf Danau, UKM Bangi hari ini.

Daeng
Daeng yang baru menyambut ulangtahun ke 15 pada 18 April 2015 berjaya mengekalkan prestasi cemerlang selaku pendahulu kejohanan pada hari ketiga semalam untuk muncul juara dengan melakukan 2 pukulan di bawah par 70 untuk mencatatkan jumlah keseluruhan kejohanan 10 pukulan di bawah par 278.

Shukree
Kemenangan Daeng memaksa perlawanan “play-off” antara Shukree Othman dan Akhmal Tarmizee bagi menentukan penerima wang kejohanan berjumlah RM 30,600.00 kerana status amatur Daeng tidak melayakkan beliau menerima wang kemenangan kejohanan. Perlawanan “play-off” itu dimenangi oleh Shukree Othman.

Akhmal
Kedudukan akhir Kejohanan Golf Tertutup PGM Danau:

278 Daeng Abd Rahman (A) 72-68-68-70
279 Sukree Othman 72-65-72-70, Akhmal Tarmizee 70-67-73-69
282 Kemarol Baharin 71-67-72-72
283 Shahriffuddin Ariffin 74-74-68-67
284 R. Nachimuthu 73-68-73-70
285 Shaaban Hussin 73-70-72-70, Mohd Rizal Amin 72-75-66-72
285 Airil Rizman 71-70-71-73
286 Bryan Teoh Wiyang (A) 73-69-75-69, Amir Nazrin (A) 72-74-70-70, Irfan Yusoff 72-70-72-72, Khor Kheng Hwai 69-68-76-73, Ben Leong 71-72-70-73, Kim Leun Kwang 71-71-70-74

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*