Home / Lain - Lain / #CubPrixAAM : Minggu suram di Kemaman, ALFATIHAH buat Norizman Ismail

#CubPrixAAM : Minggu suram di Kemaman, ALFATIHAH buat Norizman Ismail

Aksi terakhir Norizman Ismail semasa mengambil selekoh sebelum terjatuh. Gambar oleh Shazli Shamsudin / CubPrixMalaysia

Aksi terakhir Norizman Ismail ketika mengambil selekoh 7 sebelum terjatuh di dua selekoh dihadapan. Gambar oleh Shazli Shamsudin / SukanMalaysiaDotMY

KEMAMAN, 5 May 2017 : Berikutan insiden semasa sesi Ujian Masa CP150, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas,  di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, ia adalah satu berita sedih untuk melaporkan pemergian Norizman Ismail hari ini.

Norizman terjatuh di Selekoh 1 . Marshal dan paramedik melakukan rawatan segera manakala bendera merah dikibarkan pada jam 1552 untuk menamatkan sesi latihan. Jam 1555 Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan penuh pada jam 1612. Jarak hospital kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.

Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 1650, hari Jumaat, 5 Mei 2017.

Warga Cub Prix Malaysia berkumpul dihadapan khemah Allahyarham Norizam untuk membaca doa buat beliau. Gambar Shazli Shamsuddin / SukanMalaysiaDotMY

Warga Cub Prix Malaysia berkumpul dihadapan khemah Allahyarham Norizam untuk membaca doa buat beliau. Gambar Shazli Shamsudin / SukanMalaysiaDotMY

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba, Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Persatuan Automobil Malaysia dan seluruh komuniti Cub Prix memanjangkan ucapan takziah dan turut berdukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.

Dari Meja Sukan Malaysia, Takziah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang sholeh. ALFATIHA.