
Kelab ragbi Cobra Malaysia menamatkan penantian 10 tahun menjulang Piala Antarabangsa Cobra 10 Sebelah 2019 apabila menundukkan pasukan RAMF Black Hawks 15-12.
Sebagai juara Cobra membawa pulang piala pusingan dan hadiah wang tunai USD5000.
Pada aksi final Cobra tidak menunggu lama untuk meraih lima mata pertama menerusi Try Apitonitoya pada minit ke-2.
Selang dua minit kemudian Cobra menambah lima lagi mata menerusi try Cohan Herbert.
Selesa mendahului 12-0 Black Hawks bangkit memberi saingan dengan merapatkan kedudukan dengan dua try dan 1 conversion sebelum tamat separuh masa pertama.
Terikat 12-12 penalti dari Mattew Gallerd memberi tiga mata buat Cobra dan sekaligus menobatkan Cobra selaku juara dengan keputusan akhir 15-12