Home / Lain - Lain / CIMB Foundation Junior Cycling Malaysia : Medan cungkil bakat pelumba muda pelapis negara

CIMB Foundation Junior Cycling Malaysia : Medan cungkil bakat pelumba muda pelapis negara

Saingan lumba basikal Yayasan Sime Darby Criterium yang berlangsung dengan meriah sekitar kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dimana sebanyak 21 kategori di pertandingkan membabitkan peringkat umur seawal 5 tahun hingga kategori terbuka lelaki dan wanita.

Tumpuan pasti melibatkan kategori tebuka lelaki dan wanita yang menyaksikan persaingan sengit peserta untuk muncul juara siri ketujuh ini.

Bagi kategori Men’s Master Mohd Shafari Abd Malek dari pasukan OK Go muncul juara diikuti pelumba Terengganu Azizul Azri Shaari kedua dan Mohd Zambri Salleh dari pasukan TSG di tempat ketiga.

Bagi kategori Men’s Elite pula Mohd Suhaimi Afif dari TSG menjadi pemenang pertama. Mohd Zulhelmi mengetepikan cabaran Mohd Hafizul Asyraf Jaafar dari Johor di tempat kedua manakala Mohd Hakimi Haikal Ahmad Sobri dari Terengganu di tempat ketiga.

Sementara itu acara terbuka wanita dikuasai pasukan Terengganu. Izzati Fifiana Syazwani Saiful muncul juara manakala Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Fifi masing-masing dari Kedah di tempat kedua dan ketiga.

Kejohanan bagi mencungkil bakat pelumba muda ini akan diteruskan pada siri kelapan di Melaka pada 10 November ini sebelum berakhir pada siri kesembilan di Nilai.