Home / Badminton / Chong Wei mampu memimpin BAM di masa hadapan

Chong Wei mampu memimpin BAM di masa hadapan

Presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria tidak menolak kemungkinan bekas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mampu pimpin badan induk itu suatu hari nanti.

” Ia tidak mustahil, tetapi apa yang saya boleh buat saya sedia berbincang untuk membawa beliau masuk bagi mempelajari dari dari pengurusan”, ujarnya.

Norza turut memaklumkan hasrat untuk melepaskan jawatannya bagi memberi tumpuan kepada tugas sebagai presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Sebelum itu sebagai menghargai jasa Chong Wei selama 19 tahun untuk negara, Syed Saddiq turut mengumumkan pelantikan legenda berusia 37 tahun itu sebagai Ketua Kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Selepas bercakap dengan Chong Wei kami juga memutuskan untuk melantiknya sebagai Ketua Kontinjen negara ke Olimpik Tokyo kerana kami tidak menjumpai calon lebih baik daripadanya yang telah menjadi inspirasi kita semua selama ini,” katanya.