Home / Golf / Chan juara di Langkawi

Chan juara di Langkawi

Foto : Arep Kulal © PGM Tour

Foto : Arep Kulal © PGM Tour

Langkawi, Malaysia, 24 April 2014 : Ketenangan dan corak permainan konsisten yang ditunjukkan oleh Chan Shih-chang dari Chinese Taipei ternyata membuahkan hasil kepada beliau apabila mencatatkan 269 pukulan, 19 di bawah par untuk menjuarai Kejohanan Golf PGM LADA Langkawi 2014 di Kelab Golf Gunung Raya, Langkawi, Kedah Darul Aman.

Walaupun bermula agak perlahan dan melakukan 2 di atas par selepas tujuh lubang pertama, Chan tenang dan bangkit melawan untuk memberi saingan kepada Grant Jackson dari England yang pada satu ketika mendahului dengan tiga pukulan di hadapan.

“Saya melakukan beberapa kesilapan pada awal permainan dan tertekan dengan cabaran dari Grant. Namun saya kembali fokus apabila berjaya membenam Eagle di lubang ke lapan dan terus bermain cemerlang” ujar Chan.

Dengan kemenangan ini, Chan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM43,750.00 beserta piala. 

Sementara itu pemain Singapura, Koh Deng Shan mencipta kejutan apabila melakukan catatan terendah, 65 pukulan untuk mengumpul 270 pukulan, 18 di bawah par untuk memintas dan berada di tempat kedua.

Kejohanan Golf PGM LADA Langkawi 2014, merupakan kejohanan golf dalam siri Jelajah PGM 2014 dan Jelajah Pembangunan Asia (ADT) 2014 dianjurkan secara bersama dengan Jelajah Asia (Asian Tour), berlangsung dari 21 April hingga 24 April 2014.

Pendahulu Pusingan Akhir:-

269 – CHAN Shih-Chang (TPE) 64 67 70 68

270 – KOH Deng Shan (SIN) 67 68 70 65

271 – Grant JACKSON (ENG) 64 68 69 70

272 – Poosit SUPUPRAMAI (THA) 66 64 72 70

273 – Philip MATSSON (THA) 72 68 67 66, Pasamet POGAMNERD (THA) 67 68 69 69, Masaru TAKAHASHI (JPN) 68 67 68 70

274 – Suppakorn UTHAIPAT (THA) 69 69 69 67, Tirawat KAEWSIRIBANDIT (THA) 68 69 69 68, TSENG Hong-sheng (TPE) 72 65 69 68, Blair WILSON (AUS) 68 66 70 70

275 – Jakraphan PREMSIRIGORN (THA) 74 66 69 66, Jordan SHERRATT (AUS) 69 72 67 67, Rattanon WANNASRICHAN (THA) 68 69 70 68, Rizal AMIN (MAS) 68 72 67 68

276 – Sattaya SUPUPRAMAI (THA) 66 72 72 66, Shaifubari MUDA (MAS) 69 68 72 67, Mitsuhiko HASHIZUME (JPN) 68 69 70 69, Senroku ISA (JPN) 69 64 70 73

278 – Konosuke NAKAZATO (JPN) 69 69 70 70, B. K. SOBHANI (USA) 71 68 69 70

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*