Home / Golf / CCM Teruskan Tajaan Di Jelajah PGM

CCM Teruskan Tajaan Di Jelajah PGM

En Mior Abd Rahman, Pengurus Besar PGM menerima cek dari En Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan CCM sambil diperhatikan oleh  Tun Ahmad Sarji. Foto PGM Tour / Arep Kulal

En Mior Abd Rahman, Pengurus Besar PGM menerima cek dari En Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan CCM sambil diperhatikan oleh Tun Ahmad Sarji. Foto PGM Tour / Arep Kulal

KUALA LUMPUR 19 Februari 2014 : Chemical Company of Malaysia Berhad, CCM, hari ini mengesahkan tajaan bernilai RM200,000.00 untuk Kejohanan Golf Jelajah Profesional Malaysia (PGM)  yang diberi nama PGM CCM Rahman Putra Championship 2014 yang akan di adakan di Kelab Golf Rahman Putra, Sg Buluh, Selangor pada 12 – 15 March 2014.

Dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh Pengerusi Profesional Golf Malaysia (PGM), YBhg. Tun Ahmad Sarji Abd Hamid dan Pengarah Urusan CCM, En Amirul Feisal Wan Zahir di Menara PNB Kuala Lumpur, En. Amirul Feisal menyerahkan cek bernilai RM200,000 sebagai tanda penajaan pihak CCM ke atas penganjuran Jelajah PGM.

Ini merupakan tahun ke-empat pihak CCM menaja Jelajah PGM dan ketika ditemui En Feisal Wan Zahir menyatakan pendirian CCM yang akan terus menyokong usaha PGM dalam menganjurkan Jelajah PGM di Malaysia.

Sementara itu semasa berucap dalam majlis yang sama, Pengerusi PGM, YBhg Tun Ahmad Sarji menegaskan segala wang yang diberi oleh penaja untuk kejohanan Jelajah PGM, akan digunakan dengan berhemah dalam usaha PGM melahirkan atlit untuk mewakili Malaysia di Sukan Olimpik 2016. Tanpa menyebut mana-mana persatuan, Tun Ahmad Sarji yang juga merupakan Pengerusi Panel Penasihat Sukan Malaysia, menerangkan akan nilai tajaan yang diberikan oleh penaja ke arah melahirkan seorang atlit olimpik.

‘Beberapa persatuan sukan  di Malaysia membelanjakan puluhan juta  ringgit peruntukan dari kerajaan dan puluhan jutaan ringgit wang tajaan untuk mengadakan program bagi melahirkan seorang atlit di Olimpik. Akhirnya kita melihat, wang tersebut dihabiskan kearah jalan yang tidak tepat dan wang tersebut gagal diuruskan dengan baik. Berbeza dengan PGM, kami hanya membelanjakan kurang dari 10juta ringgit, hasil dari wang penajaan untuk melahirkan satu pasukan golf yang akan beraksi di Olimpik. Wang penajaan ini diuruskan dengan telus, diaudit oleh juru audit bertauliah dan penyata akaun sentiasa dikemaskini dan bersedia untuk diperiksa oleh penaja pada bila-bila masa untuk memeriksa ketelusan nya. Ini janji saya pada penaja,’- tegas Tun Ahmad Sarji.

PGM CCM Rahman Putra Championship yang akan diadakan di Kelab Golf Rahman Putra merupakan kejohanan golf di dalam kalendar Jelajah PGM bersama anjuran Jelajah Pembangunan Asia (Asian Development Tour). Para pemain yang mendapat kedudukan terbaik dalam kejohanan ini akan diberi mata untuk menetapkan kedudukan mereka di senarai pemain dunia dan 300 pemain terbaik dunia dari senarai kutipan mata akan beraksi di Sukan Olimpik 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*