Home / Hoki / CABARAN GETIR MENANTI THT BAGI LIGA HOKI MALAYSIA MUSIM 2020

CABARAN GETIR MENANTI THT BAGI LIGA HOKI MALAYSIA MUSIM 2020

Cabaran getir menanti Terengganu Hockey Team (THT) menjelang aksi pembukaan kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) jumaat menerusi perlawanan Sumbangsih di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Misi untuk mempertahankan kejuaraan mungkin agak sukar buat THT musim ini selepas kebangkitan yang ditampilan pencabar utama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tahun lalu.

UniKL dijangka akan menyenaraikan dua pemain kebangsaan Australia bagi selain penjaga gol utama Ireland Ian Hart serta kelibat-kelibat pemain utama kebangsaan dalam pasukan.

Musim 2020 THT tetap mengekalkan 3 pemain import diketuai 2 pemain Korea selain disertai pemain dari Pakistan.

Jurulatih THT Dharma bakal menggalas cabaran getir untuk mengharung perlawanan liga musim ini memandangkan pasukan lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Akademik Hoki KL juga sedang memperkuatkan skuad masing-masing.

Malas bekas jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan itu turut menolak anggapan bahawa THT adalah pasukan pilihan utama bagi menjuarai kejohanan liga musim ini.

THT menutup tirai liga hoki Malaysia (MHL 2019) dengan cemerlang apabila memenangi piala sumbangsih dan piala TNB manakala gelaran juara Liga Hoki Malaysia pula disandang oleh UniKL.