Home / Badminton / BWF UMUM BATALKAN 4 LAGI KEJOHANAN UTAMA MUSIM INI

BWF UMUM BATALKAN 4 LAGI KEJOHANAN UTAMA MUSIM INI

Badan induk badminton dunia (BWF) mengumumkan pembatalan empat lagi kejohanan utama musim ini.

Selepas mengadakan perbincangan bersama tuan rumah kesemua kejohanan yang berstatus jelajah dunia itu terpaksa dibatalkan dengan mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan pemain serta mereka yang tebabit dengan penganjuran.

Kesemua empat kejohanan dibatalkan bermula dengan saingan Terbuka Taiwan (1 hingga 6 September) diikuti dengan Terbuka Korea (8 hingga 13 September).

Kejohanan berprestij yang menawar hadiah keseluruhan berjumlah USD1.1 juta iaitu Terbuka China juga turut terkesan dan dibatalkan.

Melengkapkan senarai Terbuka Jepun (22 hingga 27 September) turut dibatalkan.

Menerusi kenyataan BWF badan induk itu memang kecewa dengan keputusan itu namun pembatalan terpaksa dilakukan atas faktor kesihatan pemain-pemain, penonton, petugas serta penganjur dan amat penting untuk dilakukan.

Berdasarkan kalendar kejohanan BWF tumpuan peminat badminton pastinya terarah kepada saingan Piala Thomas dan Uber yang sudah diumumkan tarikh baharu yang bakal berlangsung pada 3-11 Oktober di Auhuz Denmark.

Sementara Terbuka Malaysia menerusi tarikh baharu kejohanan pada 24 hingga 29 November belum diberikan kata putus oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sama ada akan diteruskan atau tidak bergantung kepada bantuan kewangan yang mungkin disalurkan BWF.