Home / Golf / Buku Jelajah PGM 2013 Dilancarkan

Buku Jelajah PGM 2013 Dilancarkan

YB Khairy, Tun Ahmad Sarji dan Dato Ng Tieh Chuah melancarkan buku Jelajah PGM 2013. Foto oleh HANA RASHID

YB Khairy, Tun Ahmad Sarji dan Dato Ng Tieh Chuah melancarkan buku Jelajah PGM 2013. Foto oleh HANA RASHID

BANDAR KINRARA 17 Februari 2014 – Professional Golf Malaysia (PGM), hari ini melancarkan buku Jelajah PGM 2013 yang memaparkan siri Jelajah PGM sepanjang tahun 2013. Majlis perlancaran di sempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Sdr. Khairy Jamaluddin di Kelab Golf Kinrara, Bandar Kinrara, Puchong Selangor.

Selain memaparkan kronologi perjalanan Jelajah PGM 2013, buku setebal 302 mukasurat ini turut menceritakan secara terperinci, 22 kejohanan golf dalam Jelajah PGM, 11 kejohanan Satelit, Venue Kejohanan, Senarai Pemenang-pemenang dan statisti Jelajah PGM 2013.

Pengerusi Professional Golf Malaysia (PGM), YBhg Tun Ahmad Sarji Abd Hamid dalam ucapan beliau menegaskan, PGM komited dalam melaksanakan misi kerajaan dalam melahirkan pemain golf professional untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016. Untuk itu, PGM akan memastikan, Jelajah PGM, mendapat pengiktirafan badan sukan golf dunia seperti Jelajah Asia (Asian Tour) untuk membolehkan para pemain memperolehi mata untuk menentukan kedudukan mereka dalam senarai pemain terbaik dunia.

Untuk tahun 2014, sebanyak 12 kejohanan diadakan secara bersama dengan Jelajah Pembangunan Asia (Asian Development Tour) bagi memberi peluang kepada pemain negara bersaing dan memperolehi mata sekiranya berada di kedudukan terbaik, ujar YBhg Tun Ahmad Sarji.

Yang Berhormat Sdr Khairy Jamaluddin pula mengumumkan beliau selaku Menteri Belia dan Sukan, menyokong sepenuhnya usaha yang dijalankan oleh PGM, di bawah YBhg Tun Ahmad Sarji Abd Hamid, selaku Pengerusi Professional Golf Malaysia (PGM) dan berharap lebih ramai badan sukan di Malaysia mampu mengikuti langkah yang diambil PGM.

‘PGM telah membuktikan bahawa mereka mampu mentadbir dan menguruskan sukan golf dengan baik dan professional di Malaysia tanpa bantuan dari kerajaan. Saya yakin dengan corak kepimpinan yang ditunjukkan oleh YBhg Tun, PGM mampu melahirkan pemain golf yang mampu berada dalam kelompok 300 pemain terbaik dunia untuk sukan olimpik 2016,’  ujar Khairy dalam ucapannya.

 

YB Khairy menyaksikan corak latihan pelatih Akademi PGM. Foto oleh HANA RASHID

YB Khairy menyaksikan corak latihan pelatih Akademi PGM. Foto oleh HANA RASHID

Dalam majlis yang sama, Yang Berhormat Sdr Khairy turut dibawa melawat Akademi PGM yang telah ditubuhkan pada tahun 2013 yang lalu. Akademi yang berpengkalan di Kelab Golf Kinrara menjadi medan buat pemain golf muda Malaysia untuk menjalani latihan intensif untuk menjadi pemain golf professional. Akademi di bawah kendalian Pengarah Kejurulatihan, Dean Hartman telah berjaya melahirkan pemain golf muda untuk bersaing di Jelajah PGM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*