Home / Lain - Lain / BOLING PIALA DUNIA 2019 PALEMBANG : NATASHA GAGAL MARA KE AKHIR

BOLING PIALA DUNIA 2019 PALEMBANG : NATASHA GAGAL MARA KE AKHIR

Hasrat untuk menyaksikan kelibat boling negara Natasha Roslan mara ke perlawanan akhir Boling Piala Dunia 2019 di Palembang Indonesia tidak kesampaian.

Cabaran Natasha tersekat di peringkat separuh akhir tewas kepada wakil Australia Rebecca Whiting yang kemudiannya muncul juara dunia kategori wanita.

Menamatkan saingan Top Eight di tempat kedua Natasha Roslan berada di dalam kedudukan terbaik untuk ke perlawanan akhir apabila dijadualkan bertemu pemain tangga ketiga Rebecca dari Australia.

Bagaimanapun segalanya bagai serba tidak menjadi buat Natasha walaupun saingan agak seimbang seawal permainan namun penyudah konsisten yang berjaya disudah Whiting nyata sukar untuk dicabar Natasha.

Natasha terpaksa akur dengan jatuhan 199 jatuhan pin berbalas 176 mata sekaligus terlepas tiket ke perlawanan akhir.

Whiting yang mara ke pusingan akhir jelas tidak mempersiakan momentumnya meraih gelaran juara dunia selepas menunddukan Almi Guerra dari Republic Dominica dengan kemenangan 172-162.