Home / Lain - Lain / Belanjawan 2020 : E-Sukan terima RM20 juta

Belanjawan 2020 : E-Sukan terima RM20 juta

Perbentangan belanjawan 2020 turut menjadi tumpuan arena sukan menyaksikan daripada RM553 juta jumlah peruntukan keseluruhan menyaksikan E-Sukan yang dilihat masih baru dalam industri sukan tanahair menjadi keutamaan apabila mendapat peruntukan RM20 juta.

Bola sepak terus diiktiraf sebagai sukan nombor satu negara dengan RM45 juta ringgit yang disalurkan untuk program pembangunan bola sepak negara (NFDP).

E-Sukan sekali lagi menjadi sukan tumpuan kerajaan menerusi peruntukan tinggi melebihi RM20 juta kenaikkan sekali ganda berbanding tahun lalu. Ia semestinya menjadi peluang lebih tinggi buat persatuan e-sukan Malaysia (ESM) untuk mengatur strategi melahirkan lebih ramai jaguh berbakat dalam e-sukan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Ia juga menjadi suntikan moral buat e-sukan yang akan mengambil bahagian dalam kesemua 6 acara yang akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA.

Selain daripada e-sukan, tumpuan kerajaan tetap terarah kepada sukan-sukan utama sebagai penyatuan rakyat. Sebanyak RM299 juta diperuntukan bagi pelaksanaan program sukan untuk semua merangkumi penaiktaraf kemudahan belia dan sukan dan kompleks komuniti seluruh negara.

Bagi persiapan ke temasya Olimpik 2020 dan Sukan SEA 2021 di Hanoi serta pembangunan atlet paralimpik sebanyak RM179 juta diperuntukan.

Peruntukan sebanyak RM45 juta turut disediakan bagi program pembangunan bola sepak negara, peningkatan tiga kali ganda berbanding RM15 juta pada tahun lalu.

RM10 juta turut diperuntukan bagi pembangunan atlet wanita membawa kepad jumlah keseluruhan RM553 juta ringgit bagi industri sukan pada tahun 2020.

Tidak ketinggalan tambahan peruntukan RM138 juta disediakan bagi mempergiatkan program pembangunan belia dan inisiatif sukarelawan.