Home / Lain - Lain / BAYANGAN PENANGGUHAN SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020 AKIBAT PENULARAN WABAK COVID -19

BAYANGAN PENANGGUHAN SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020 AKIBAT PENULARAN WABAK COVID -19

Menteri Olimpik Jepun Seiko Hashimoto memberi bayangan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin ditangguhkan dari musim panas sehingga hujung tahun ini.

Sukan Olimpik Tokyo dijadualkan bakal bermula dari 24 Julai sehingga 19 Ogos dimana hak penganjuran dikongsi bersama IOC.

Dalam pada masa yang sama IOC menegaskan untuk mengekalkan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo seperti yang dirancang.

Setakat ini beberapa acara sukan berprofil tinggi telah dibatal dan ditangguhkan berikutan penularan wabab Covid-19. Antaranya Grand Prix Motorsikal di Thailand dan perlumbaan Formula 1 di Shanghai China.

Berikutan penyebaran wabak Covid-19 Majlis Sukan Negara (MSN) menggesa semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) agar mematuhi nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memasuki lima negara yang paling teruk dilanda wabak tersebut pada ketika ini.

Ia bermakna semua latihan dan kejohanan yang dijadualkan hujung bulan ini di China, Iran, Italy, Jepun dan Korea dibatalkan.

Keputusan itu dipersetujui 25 persatuan sukan kebangsaan dan jurulatih dalam sesi taklimat wabak Covid-19 bersama wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Asiah Ayub Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Servilan Bahagian Kawalan Penyakit di Majlis Sukan Negara.

Malah persatuan sukan dan jurulatih juga diingatkan supaya berbincang dengan atlet terlebih dahulu bagi memastikan kesediaan mereka beraksi pada kejohanan utama di luar negara ditangguhkan buat masa ini.

Datuk Ahmad Shapawi juga menggesa semua warga sukan supaya patuh pada garis panduan KKM dengan menjadikan self assesment memeriksa suhu badan sebagai rutin harian.