Home / Badminton / BAM SAHKAN PASUKAN BADMINTON MALAYSIA NEGATIF COVID-19

BAM SAHKAN PASUKAN BADMINTON MALAYSIA NEGATIF COVID-19

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan kesemua 21 pemain dan 7 jurulatih yang pulang ke tanahair selepas beraksi di Kejohanan All England baru-baru ini bebas dari simptom Covid-19.

Bagaimanapun pemain-pemain kebangsaan akan terus mengikuti program kuarantin dan perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan kerajaan ketika ini.

Ujian negatif buat semua pemain yang beraksi di All England diumumkan BAM menerusi satu kenyataan media.

Sejak pulang ke tanahair Isnin lalu,kesemua pemain dan jurulatih terbabit mengikuti garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mereka menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Akademik Badminton Malaysia di Bukit Kiara.

Antara pemain yang dikuarantin adalah Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Sonia Cheah. Vivian Ho dan beberapa nama lagi.