Home / Badminton / BAM LANTIK GAMBARDELLA SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ABM

BAM LANTIK GAMBARDELLA SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ABM

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan perlantikan Robert Gambardella selaku Ketua Pegawai Eksekutif Akademik Badminton Malaysia (ABM).

Beliau bakal memulakan tugas 1 Ogos ini dan kehadiran Gambardella menyaksikan ABM bakal memiliki fungsi tambahan dalam usaha BAM untuk menjadikannya sebagai sebuah akademik bertaraf dunia.

Gambardella turut menjadi individu yang akan menentukan indeks prestasi utama (KPI) dengan menyaksikan dua pengarah Wong Choong Han dan Datuk Misbun Sidek perlu membuat laporan kepadanya.

Pemilihan Robert Gambardella dibuat berdasarkan pencapaiannya pernah membantu Singapura meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik.

Dia yang juga merupakan bekas ketua pegawai eksekutif interim Persatuan Menembak Amerika Syarikat memiliki pengalaman luar memaplikasikan sains sukan selain BAM turut merancang untuk memiliki kepakaran sains sukan di ABM.

Cuma yang menjadi persoalan berhubung dengan gaji yang bakal diterima Gambardella ketika kebanyakan persatuan terpaksa ikat perut berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.

Untuk tahun 2020 dan 2021 kerajaan hanya membelanjakan sebanyak RM5 juta setiap tahun bagi menanggung kos penyelenggaraan ABM.

Ini bermakna perlantikan Gambardella bukan sahaja demi sasaran pingat emas Olimpik tetapi juga untuk kelangsungan ABM sebagai sebuat akademik badminton berkelas dunia.