Home / Badminton / Badminton sasar 2 pingat emas

Badminton sasar 2 pingat emas

Sasaran dua pingat emas yang diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di temasya Sukan SEA Ke 30 Filipina hujung November ini dilihat realistik dengan kemampuan pemain muda negara ketika ini.

Apatah lagi ketika ini Thailand dan Indonesia juga memiliki barisan pemain muda yang berkebolehan menyebabkan acara ini bukanlah lagi lubuk emas buat kontinjen negara.

Bagaimanapun ia menjadi medan terbaik buat pemain muda bersaing secara kompetitif.

Dalam senarai 20 pemain yang dikeluarkan BAM Khamis lalu, tiada nama pemain professional disenaraikan ke Filipina walaupun sebelum ini ada ura-ura badan induk itu bakal menyenaraikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin dalam acara beregu campuran.

BAM menyenaraikan dua pemain muda lelaki serta dua pemain muda wanita. Bagi pengarah kejurulatihan BAM Wong Choong Han, Sukan SEA adalah medan terbaik pemain muda menambah pengalaman dan beraksi secara kompetitif terutama berdepan pemain Thailand dan Indonesia ketika ini yang memiliki pemain muda yang berkebolehan.

Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur skuad negara hanya meraih 1 emas menerusi Goh Chin Wei daripada 7 pingat emas yang dipertandingkan selain meraih 5 perak dan 2 gangsa. Acara badminton akan berlangsung di dari 1-9 Disember.