Home / Golf / Azmi ‘dakap kemas’ untuk pimpin pasukan ke final !

Azmi ‘dakap kemas’ untuk pimpin pasukan ke final !

Untitled-1

18 Oktober 2015, Melaka : Bekas penjaga gol kebangsaan, Azmi Mahmud ternyata masih berbisa apabil berjaya memimpin kuartet Protellus A untuk melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia 2015(WAITGC) selepas mengungguli pusingan kelayakan terakhir yang berlangsung di Melaka minggu lalu.

Gandingan Protellus A yang di ketuai Azmi Mahmud dan disertai Wan Shariman Abd Rashid, Nassarudin Bashir dan Nordin Yahya berjaya melakukan catatan terbaik 911 pukulan sepanjang 4 pusingan yang berlangsung di A’Famosa Golf Resort dan Tiara Melaka GCC.

Protellus A yang ketinggalan 9 pukulan pada pusingan pertama dibelakang rakan sepasukannya, Protellus B, bangkit pada 3 pusingan berikutnya untuk merekod catatan 231, 223 dan 222 pukulan untuk muncul juara. Ibarat cerita lama, Azmi yang dikenali antara bekas penjaga golf terbaik kebangsaan di zaman kegemilangannya, ‘mendakap kemas’ lapangan golf A’Famosa  dengan melakukan pukulan-pukulan kemas seterusnya memimpin pasukan beliau ke final.12933_314540875544_8315990_n

“Kelebihan beraksi di lapangan A’Famosa berjaya digunakan sepenuhnya pemain-pemain Protellus A, dan kejayaan mara ke grand final ini nyata membakar semangat kami untuk beraksi lebih cemerlang selepas ini” kata Azmi Mahmud yang ditemui selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Naim bin Abu Bakar .

Protellus B yang dibarisi Sazali Hassan, Mohd Shahidi Yahya , Mohd Firdaus Sabri dan Abu Samah Kechil yang menghimpun 916 pukulan terpaksa berpuas hati di tempat kedua, 5 pukulan di belakang. Melengkapkan kemenangan bersih pasukan-pasukan tempatan di pusingan kelayakan terakhir ini adalah Maybank Malaysia yang menghimpun 1026 pukulan.

Sementara itu dalam kategori stableford, pasukan dari negara matahari terbit, Sakura Boys membuktikan kehadiran mereka ke bumi bersejarah Melaka kali ini berbaloi aapabila muncul juara dengan menghimpun 471 mata, 31 mata di depan Panamerah dari Brunei. Kedua-dua pasukan ini juga mara ke pusingan akhir WAITGC 2015 yang akan berlangsung di The Mines GCC dan Sg.Long GCC November nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*