Home / Lain - Lain / AZIZULHASNI,AMY RANGKUL OLIMPIAN TERBAIK NEGARA 2018

AZIZULHASNI,AMY RANGKUL OLIMPIAN TERBAIK NEGARA 2018

KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER 2018 : Raja lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dan ratu gimnas berirama negara Amy Kwan Dict Weng meraih Anugerah Olimpian Terbaik bagi kategori masing-masing pada Majlis Makan Malam Tahunan dan Anugerah Majlis Olimpik Malaysia yang berlangsung malam semalam di Kuala Lumpur.

Menerima jolokan Pocket Rocket Man, Azizulhasni mempamerkan prestasi yang cemerlang pada tahun ini dengan memenangi tiga pingat untuk Malaysia di Sukan Asia Jakarta, pingat emas dalam acara pecut, pingat perak dalam acara pecut lelaki berpasukan dan pingat gangsa dalam acara Keirin.

Selain cemerlang di peringkat Asia, beliau juga mempamerkan semangat juang yang jitu pada kempen Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.

Anugerah Olimpian Terbaik Wanita 2018 | Kredit : Adam Ghazali

Sementara itu, ratu gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng pula tidak kurang hebatnya dengan pencapaian gemilang empat pingat di Sukan Komanwel Gold Coast yang lalu iaitu pingat emas acara Ribbon Individu, perak dalam acara berpasukan dan dua pingat gangsa dalam acara Individu All-Round dan Hoop.

Anugerah Olimpian Terbaik 2018 bagi kategori Lelaki dan Wanita ini disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,Dr. Wan Azizah Wan Ismail dimana pemenang masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta pingat khas.

 

TAHNIAH DAN SYABAS AZIZULHASNI DAN AMY!!!