
SHAH ALAM, JULAI 16, 2019 : Kejohanan golf tahunan media anjuran tahunan Kota Permai Golf & Country Club’s (KPGCC) telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Julai lepas menarik penyertaan 85 pemain golf dikalangan pengamal media cetak dan media digital dari Malaysia dan Singapura selain dari penglibatan rakan penaja, pengurus acara, rakan penaja dan beberapa kelab terpilih.
Kejohanan ini dianjurkan KPGCC sebagai tanda penghargaan dan meraikan sumbangan serta mengeratkan hubungan yang berkekalan di kalangan rakan-rakan media, pengurusan kelab dan rakan penaja.
Aziz Abdul Hassan (14) yang menjadi naib juara pada edisi tahun lepas muncul juara bagi Kategori Media dengan mengumpul 37 mata. Peserta dari Utusan Malaysia, Imran Mohd Nor (18) muncul naib juara dengan mengumpul 36 mata diikuti dengan rakannya Mohd Sharif Omar (21) yang menduduki tempat ketiga.

Dalam acara jemputan, Jack Loi (11) yang mewakili GolfSmart muncul juara dengan mengumpul 37 mata diikuti oleh Selvaganesan Ramasamy (12) dari KPGCC di tempat kedua. Tempat ketiga menjadi milik Lee Wen Tze (5) dari Fortuna Leisure yang mengumpul 36 mata.
Majlis penyampaian hadiah kemenangan telah disempurnakan oleh pegawai utama kelab iaitu Dato’ Goon Heng Wah merangkap Pengarah Eksekutif Gamuda Berhad.