Home / Lain - Lain / ATLET TERJUN LEGA DAPAT KEMBALI KE AIR

ATLET TERJUN LEGA DAPAT KEMBALI KE AIR

Misi kelayakan menuju Sukan Olimpik Tokyo kembali dilandasan tepat buat skuad terjun negara yang kembali menjalani latihan susulan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac lalu.

Skuad terjun telah menjalani sesi latihan fizikal di dalam kolam selepas membuat senaman ringan di Pusat Akuatik Bukit Jalil.

Bagi Ooi Tze Liang tempuh 3 bulan tidak berlatih di kolam renang adalah penyiksaan paling lama dialaminya dan peluang beraksi di kolam ini memberi semangat baharu buatnya.

Turut berkongsi keterujaan yang sama adalah pemenang pingat perak kejohanan siri dunia 2019 di Montreal Kanada iaitu Leong Mun Yee.

Bagi anak kelahiran Ipoh ini beliau sedia mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk menghadkan pergerakan di sekitar Bukit Jalil bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

12 atlet Malaysia telah layak ke Sukan Olimpik Tokyo yang telah ditunda penganjurannya ke tahun depan susulan pandemik Covid-19.

Daripada jumlah tersebut 3 daripadanya adalah dari sukan terjun dengan semuanya adalah atlet wanita iaitu Pandalela Rinong, Leong Mun Yee dan Wendy Ng.