Home / Lain - Lain / #ARRC – Juara bertahan Zaqhwan bermula cemerlang.

#ARRC – Juara bertahan Zaqhwan bermula cemerlang.

SS600 podium, from left Taiga, Zaqhwan and Ito

Dari kiri Taiga Hada (JPN) dari pasukan Honda, Md Zaqhwan Zaidi (MAS) pasukan Honda dan Yuki Ito (JPN) dari Yamaha bergambar selepas menerima hadiah masing2 bagi kategori 600cc. Gambar © ARRC

Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi memulakan musim 2017 dengan cemerlang apabila berjaya memenangi Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor, hari ini.

Aksi pelumba Zaqhwan in action during Race 1

Aksi pelumba Zaqhwan semasa perlumbaan 1. Gambar © ARRC

Juara SuperSports 600cc 2016 itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 24’48.515s mengatasi pelumba muda pasukan Rama Honda by NTS T. Pro Ten 10, Taiga Hada dengan kelebihan 0.739s diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing) di tangga ketiga dengan masa 24’52.067s.

“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana mereka sentiasa percaya kemampuan saya untuk memenangi perlumbaan dan sentiasa melakukan persiapan terbaik untuk mengharungi perlumbaan,” jelas pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu.

Bercakap tentang perlumbaan, Zaqhwan berkata, “Perlumbaan hari ini bukanlah perlumbaan yang mudah kerana cabaran sengit daripada Taiga dan pelumba lain seperti Decha Kraisart. Walaupun bermula dengan baik, namun saya ketinggalan di kedudukan kedua selepas pusingan kedua setelah dipintas Decha.

“Dari situ, saya lihat Decha agak pantas, namun saya cuba konsisten dengan kelajuan disamping mengawal penggunaan tayar dengan baik. Masuk ke pertengahan perlumbaan saya lihat Decha semakin perlahan dan saya mencari ruang untuk memintas dan mendahului perlumbaan. Saya agak terkejut apabila melihat Taiga yang berada di belakang saya namun gembira kerana dia merupakan pelumba yang masih muda dan semakin menunjukkan peningkatan,” jelas Zaqhwan.

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki) menamatkan saingan di tempat keempat dengan masa keseluruhan 24’56.546s.

AP250 podium

AP250 podium ©ARRC

Sementara itu, Gerry Salim (Astra Honda Racing Team) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pelumba pertama yang pernah memenangi perlumbaan kategori SuperSports 600cc dan Asia Production 250cc apabila memenangi perlumbaan hari ini dengan masa keseluruhan 20’52.279s sekaligus menjadi pelumba pertama dari Indonesia yang memenangi perlumbaan dalam kategori ini. Sebagai rekod, Gerry Salim pernah memenagi perlumbaan SuperSports 600cc di Indonesia pada musim lepas.

Tempat kedua menjadi milik Takehiro Yamamoto (Sidrap Honda Ikazuchi Racing Team) yang menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 20’52.334s diikuti pelumba Thailand, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) dengan masa 20’52.334s.

Dalam persaingan sengit Underbone 150cc menyaksikan Fakrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) diisytiharkan sebagai pemenang melalui penentuan kamera photo finish dengan perbezaan hanya 0.004s mengatasi pemenang tempat kedua, Md Akid Aziz (Uma Racing Yamaha Maju Motor). Fakhrusy menamatkan perlumbaan dengan masa 14’55.380s sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan manakala Akid kedua dengan masa 14’55.384s. Tempat ketiga milik rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues yng menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’55.663s.

Keputusan Perlumbaan 1:

SuperSports 600cc

Perlumbaan akhir (16 pusingan)

1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 24’48.515s 25 mata

2. Taiga Hada (JPN) Honda 24′ 49. 2544s 20 mata

3. Yuki Ito (JPN) Yamaha 24’52.067s 16 mata

4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 24’56.546s 13 mata 

5. Decha Kraisart (THA) Yamaha 24’56.993s 11 mata

Asia Production 250cc

Perlumbaan akhir (12 pusingan)

1. Gerry Salim (INA) Honda 20’52.279s 25 mata

2. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 20’52.738s 20 mata

3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 20’52.738s 16 mata

4. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 20’58.657s 13 mata

5. Awhin Sanjaya (INA) Honda 21’01.623s 11 mata

Underbone 150cc

Perlumbaan akhir (8 pusingan):

1. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) Honda 14’55.380s 25 mata

2. Md Akid Aziz (MAS) Yamaha 14’55.384s 20 mata

3. Md Haziq Fairues (MAS) Yamaha 14’55.663s 16 mata

4. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 14’55.804s 13 mata

5. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 14’55.916s 11 mata