Home / Bola Sepak / #ANALISA – Kualiti dan Kuantiti Bolasepak Malaysia

#ANALISA – Kualiti dan Kuantiti Bolasepak Malaysia

SAH_9018

OLEH HISYAM RAHMAN

Musim 2015 sudahpun berlalu dengan segala-galanya telah terjawab pada Hari Sabtu 12 December 2015 yang lalu.  Selangor dengan Piala Malaysia, LIONS XII dengan Piala FA dan terus meninggalkan kancah liga kita, JDT dengan Liga Supernya, Kedah dengan Liga Premiernya  dan tak lupa kepada Melaka United dengan Liga FAMnya.  Satu perkembangan yang positif di sini yang dapat kita lihat adalah semua kejuaraan dimiliki oleh pasukan yang berbeza, bermakna kita ada ramai pemain dan pasukan yang berkualiti dan liga kita tidak didominasi oleh satu dua pasukan sahaja.

Syabas! inilah yang kita mahu, kerana apa yang terjadi pada liga kita sebelum ini adalah berbeza, sama ada perasan atau tidak dan suka atau tidak liga kita dikuasai oleh kelompok pemain yang sama sahaja.  Jika ada pasukan berbeza yang menjadi juara setiap musim hanyalah kerana mereka berpindah pasukan!SEPARUH AKHIR 2 PIALA MALAYSIA 2015 - Selangor vs Pahang

Kita mahukan bolasepak di negara kita melahirkan ramai pemain yang berkualiti, kita mahu jurulatih pasukan kebangsaan kita pening kepala untuk menentukan siapa yang patut menyarung jersi keramat negara, kita mahu jurulatih kita boleh mengubah taktikal dalam permainan dengan ada banyak pilihan di bangku simpanan.  Ini yang kita mahukan, dan untuk mendapat keadaan sebegini kita patut melahirkan ramai pemain yang berkualiti dari setiap pasukan.  Tanggungjawab ini sepatutnya ada pada setiap jurulatih pada setiap pasukan terutama jurulatih pasukan remaja.

Fenomena bolasepak di Malaysia amat ganjil, mereka hairan kenapa kita tidak berjaya di peringkat antarabangsa, mereka hairan kenapa pasukan kebangsaan kita yang ampuh dengan kemudahan sukan kelas dunia tetapi pasukan kita tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa, malah masih terkial-kial di asia tenggara.

Sebenarnya jawapan kepada masalah ini telahpun di temui oleh FAM.  Pembangunan bolasepak peringkat bawah umur adalah amat penting untuk kita dapat bersaing di peringkat tertinggi, kita akui usaha berterusan FAM sedikit sebanyak dapat menghasilkan ramai pemain berwibawa seperti Wan Zack Haikal, Irfan Fazali, Mohd Fandi Othman dan beberapa nama lain.  Malah ada pemain yang menyerlah dengan pasukan negeri yang mereka wakili seperti Mohd Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Azrif Nasrulhaq (Sekadar menyebut beberapa nama).  Tetapi jika dibandingkan antara yang menyerlah dan dengan yang tidak menyerlah,  ramai yang tidak menyerlah dan tidak  mendapat tempat dalam pasukan yang mereka wakili.   Kenapa ini boleh berlaku?

sm1Ada beberapa perspektif yang boleh kita lihat kepada masalah ini, Pertama, dari aspek pemain,  mungkin pemain itu tidak cukup berusaha dan selesa dengan keadaan dan gaji yang diterima.  Kedua , aspek kejurulatihan dalam pasukan yang gagal menyerlahkan dan mengeksploitasi kebolehan pemain dalam pasukan yang diwakili, Ketiga campurtangan dalam pemilihan pemain atas arahan pengurusan sehingga mereka tidak berada dalam senarai perancangan jurulatih atau corak permainan yang tidak serasi.  Keempat aspek kecederaan panjang yang dialami pemain sehingga menjejaskan prestasi mereka.

Semua aspek ini perlu diberi perhatian oleh FAM, program pembangunan berterusan tetap perlu dijalankan namun ada satu lagi perkara yang perlu di ambil kira oleh FAM, iaitu mempromosikan pemain kita supaya dapat bermain di luar negara agar mereka dapat sentuhan bukan sahaja jurulatih yang berwibawa malah kualiti permainan di peringkat antarabangsa agar mereka ada kualiti untuk bersaing diperingkat antarabangsa.

Dari aspek kejurulatihan pula, FAM perlu lebih berani untuk melabur membawa jurulatih luar yang baik dan berwibawa bukan sahaja untuk peringkat pertengahan umur malahan untuk peringkat bawah umur.  Usaha ini sebenarnya ada dengan wujudnya akademi-akademi  bolasepak bertaraf dunia yang diwujudkan di sini.  Tetapi pemain yang menyertai akademi ini perlulah lebih menyeluruh dan tidak tertumpu hanya di bandar-bandar elit sahaja.  Juga jangan pula kita lupakan jurulatih tempatan menjadi untuk pembantu agar mereka sama menimba ilmu dan sebagai kesinambungan pembangunan jurulatih di Malaysia.Felda_v_KFA_06

Dari aspek pengurusan, pasukan negeri sudah patut melangkah lebih professional dengan lebih telus dalam pemilihan pemain patut diserahkan kepada pengurus dan jurulatih.  Ini penting agar setelah mandat diberikan kepada pengurus dan jurulatih, biar mereka menentukan perancangan pasukan dengan kewangan yang ditetapkan.

Inilah alam bolasepak professional, inilah dunia bolasepak masakini.  Kita sebenarnya berada di landasan yang betul tetapi kadangkala kita tidak sabar dalam merencanakan kejayaan.  Kita juga kurang ada kesinambungan dalam merencanakan kejayaan.  Namun semua usaha kita adalah baik tetapi kadangkala strategi kita tidak kena pada tempatnya.

Ayuh Malaysia, Insyaallah kita akan kembali ke tempat asal kita iaitu sebagai kuasa besar bolasepak rantau asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*