Home / Bola Sepak / #AFFSUZUKI2016 : Malaysia tersungkur di tangan Vietnam

#AFFSUZUKI2016 : Malaysia tersungkur di tangan Vietnam

whatsapp-image-2016-11-23-at-22-14-10

Aksi pemain Malaysia dalam perlawanan menentang Myammar di Stadium Thuwunna petang tadi. ©SukanMalaysiadotMY

YANGON, 23 November 2016 : Pasukan bolasepak Harimau Malaysia memilih jalan berliku untuk ke pusingan separuh akhir apabila tewas kepada pasukan Vietnam dalam perlawanan kedua di Stadium Thuwunna, Yangon petang tadi. Tampil dengan formasi 4-1-4-1, skuad Datuk Ong Kim Swee meletakkan Hazwan Bakiri sebagai penyerang sambil dibantu Mohd Syazwan Zainon, Ahmad Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar dan Mohd Amri Yahyah di jentera tengah manakala Ronny Harun menggantikan Shahrul Saad yang mengambil tugas sebagai pemain tengah bertahan.

whatsapp-image-2016-11-23-at-22-14-05

©SukanMalaysiaDotMY

Pada separuh masa pertama taktikal dan peranan setiap pemain nampak menjadi dengan Malaysia menguasai bahagian tengah dan kerap melancarkan serangan. Bahagian pertahanan juga dilihat ampuh apabila berjaya mematahkan serangan Vietnam yang kebanyakannya dari hantaran jauh.  Ini dibantu dengan keberkesanan Ronny Harun yang pantas dalam menutup pergerakan pemain Vietnam terutama penyerang berbisanya Nguyen Van Quyet.

Separuh masa pertama juga menampakkan kesungguhan pasukan Malaysia untuk mencari gol awal dengan gerakan pantas Syazwan sering mengkucar-kacirkan pertahanan Vietnam namun peluang terbaik datang dari dua cubaan oleh Amri dan Hazwan pada minit ke 40 dan 41, namun penjaga gol Vietnam ternyata kebal untuk ditewaskan.

Kemasukan S. Veenon mengantikan Fakri Saarani pada permulaan babak kedua memberi gambaran jelas Malaysia berusaha untuk menggandakan asakan ke kubu Vietnam, namun Vietnam nampaknya lebih bertenaga dan sesekali membuat  serangan pantas. Vietnam terus-terusan membuat serangan demi serangan dan akhirnya pada minit ke 80 kesungguhan mereka berhasil apabila satu gerakan pantas dari jentera tengah berjaya disempurnakan oleh Nguyen Trong Hoang seterusnya menunjukkan jalan sukar buat Harimau Malaysia ke separuh akhir

Oleh : Hisyham Rahman