Home / Lain - Lain / #AFCU20FUTSAL Malaysia atasi Myanmar dalam perlawanan pertama

#AFCU20FUTSAL Malaysia atasi Myanmar dalam perlawanan pertama

Pix © AFC.com

BANGKOK, 5 DISEMBER 2018:Malaysia mencatatkan kemenangan tipis pada perlawanan pertama Kejohanan Futsal AFC Kelayakan Zon ASEAN 2019 dengan menewaskan Myanmar menerusi jaringan 1-0.

Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Muhammad Ekmal Shahrin dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Hua Mark di Bangkok.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia di takhta teratas kumpulan bagi mencerahkan peluang untuk layak buat kali kedua dalam pusingan akhir tahun 2019.

Dalam edisi terdahulu yang berlangsung di Bangkok, Malaysia dan Myanmar gagal menempah tempat ke pusingan kalah mati apabila hanya sekadar mampu menduduki tempat keempat bagi kumpulan A dan C.

Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan Malaysia menentang finalis tahun 2017 iaitu Thailand manakala Myanmar akan  melayan kunjungan Vietnam.