Home / Bola Sepak / AFC USULKAN TIGA TARIKH BAHARU KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/ PIALA ASIA 2023

AFC USULKAN TIGA TARIKH BAHARU KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/ PIALA ASIA 2023

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan sudah menerima cadangan tarikh baharu Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang ditangguhkan bulan ini.

Tarikh baharu disarankan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ialah pada 8 Oktober depan bagi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan sebelum melayan kunjungan Vietnam di Bukit Jalil 13 Oktober.Ini disusului aksi akhir kumpulan di negara jiran menentang Thailand lima hari berikutnya.

Tarikh ini bagaimanapun masih belum dimuktamadkan bergantung kepada persetujuan dan aspek keselamatan selain pemulihan situasi wabak Covid-19.

Ketika ini Harimau Malaya menghuni tangga kedua kumpulan meraih 9 mata dari 5 perlawanan di belakang Vietnam yang mengumpul 11 mata.