Home / Bola Sepak / AFC CUP : Selangor Tewas Tipis

AFC CUP : Selangor Tewas Tipis

afc_sel_g3HANOI, 19 Mac 2014 : Jaringan dari Nguyen Van Quyet meletakkan Hanoi T & T mencatat rekod bersih setakat ini dalam kempen Piala AFC tahun ini selepas kemenangan 1-0 di tempat sendiri kepada Selangor.

Jaringan Van Quyet pada minit ke-53 meletakkan pasukan Vietnam ini mengungguli Kumpulan F selepas mereka mengalahkan Maziya Sports & Recreation dan Arema Indonesia dalam dua perlawanan sebelum ini.

Sementara itu Selangor, selepas kalah pada perlawanan ketiga ini jatuh ketangga ketiga selepas seri dua dalam perlawanan sebelumnya, manakala Arema menewaskan  Maziya dalam perlawanan sehari sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*