Home / Bola Sepak / AFC CUP : Selangor Curi Satu Mata

AFC CUP : Selangor Curi Satu Mata

afc_sel_g2

MALDIVES, 11 Mac 2014 : Selangor terselamat dan berjaya mencuri 1 mata apabila hanya bermain dengan 10 orang hampir keseluruhan separuh masa kedua  untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada musim ini dalam cabaran Piala AFC selepas  seri 1-1 menentang pasukan Maldives Maziya Sports & Recreation.

Gol  Steve Pantelidis tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat di Stadium Nasional telah memberikan Selangor harapan kemenangan pertama selepas seri 1-1 di tempat sendiri ketika menentang Arema pasukan daripada Indonesia.

Penjaga gol Selangor Mohamad Hamsani dibuang padang pada permulaan separuh masa kedua selepas memberikan sepakan  penalti yang telah berjaya disempurnakan oleh kapten Maziya Ahmed Mohamed, Selangor berjaya menafikan kemenangan pasukan pertama tuan rumah pada  kempen kali ini selepas mereka mengalami kekalahan 5 -1  di tangan Hanoi T & T di Vietnam dua minggu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*