Home / Golf / #ADT – Catatan 12 dibawah par lakar kejayaan Sutijet !

#ADT – Catatan 12 dibawah par lakar kejayaan Sutijet !

Sutijet Kooratanapisan dari Thailand, Juara PGM Palm Resort Championship 2016. Gambar oleh Arep Kulal © PGM Tour / ADT

Sutijet Kooratanapisan dari Thailand, Juara PGM Palm Resort Championship 2016. Gambar oleh Arep Kulal © PGM Tour / ADT

SENAI, 30 April 2016 :  Pemain golf Thailand, Sutijet Kooratanapisan melakukan permainan menakjubkan apabila mencatat 12 pukulan di bawah par pada pusingan akhir,  untuk muncul juara Kejohanan Golf PGM Palm Resort di Palm Resort Golf & Country Club, Senai, Johor, kelmarin.

Catatan 12 di bawah par, bukan sahaja menakjubkan tetapi juga mengagalkan impian pemain Malaysia, Danny Chia yang merupakan pendahulu kejohanan untuk menjadi juara. Lebih manis, catatan terbaik itu juga menghadiahkan kejuaraan pertama buat Sutijet dalam arena golf professional.

Aksi Sutijet Kooratanapisan dari Thailand. Gambar oleh Arep Kulal © PGM Tour / ADT

Aksi Sutijet Kooratanapisan dari Thailand. Gambar oleh Arep Kulal © PGM Tour / ADT

Jika tidak kerana format permainan ‘prefer lies’, catatan 12 dibawah par 72 yang dilakukan sudah pasti menjadi rekod terbaik di Palm Resort di Palm Resort Golf & Country Club, Jelajah PGM dan Jelajah Pembangunan Asia, ADT.

Sutijet yang bermula dari kumpulan kedua terakhir, mencatatkan 7 birdie di sembilan lubang pertama dan 3 birdie dan 1 eagle di sembilan lubang kedua. Melakukan catatan keseluruhan 193 pukulan, 23 pukulan di bawah par, satu pukulan di hadapan Danny Chia, sudah cukup buat Sutijet untuk membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000.00 dalam kejohanan yang terpaksa di pendekkan kepada 54 lubang akibat masalah cuaca.

D

Danny Chia dari Malaysia. Gambar Arep Kulal / PGM Tour / ADT

“Saya tidak pernah memikirkan untuk muncul sebagai pemenang. Bermain dalam kumpulan bersama-sama rakan dari Thailand memberi saya kelebihan dan kami bermain tanpa sebarang tekanan. Eagle di lubang 16 benar-benar membuatkan saya puas dan disitu saya mendapat bayangan saya akan muncul juara’, ujar Sutijet.

Pemain negara, Danny Chia yang mencatatkan 8 pukulan di bawah par, 64pukulan di hari terakhir kejohanan ternyata berpuas hati berada di tempat kedua.

Danny yang cuba meraih kejuaraan kali keempat dalam Jelajah ADT, mencatatkan 7 birdies dan 1 eagle namun kecewa dengan catatan 1 bogey di sembilan lubang kedua.

“Saya tidak kecewa kerana saya tewas kepada pemain yang bermain dengan baik. Ianya sesuatu yang menakjubkan apabila anda dapat melakukan catatan sedemikian. Namun dari sudut yang lain saya gembira kerana mengutip mata World Ranking untuk menjamin tempat ke Sukan Olimpik nanti” ujar Danny Chia.

Sementara itu, Suradit Yongcharoenchai dari Thailand berjaya mendapat tempat ketiga dengan catatan 199 pukulan, 17 dibawah par dan Pavit Tangkamolprasert juga dari Thailand di tempat keempat dengan catatan 200pukulan, 16 dibawah par.

Catatan Terbaik Kejohanan

193 – Sutijet KOORATANAPISAN (THA) 65 68 60

194 – Danny CHIA (MAS) 66 64 64

199 – Suradit YONGCHAROENCHAI (THA) 70 64 65

200 – Pavit TANGKAMOLPRASERT (THA) 68 68 64

202 – Itthipat BURANATANYARAT (THA) 68 70 64

203 – KOH Deng Shan (SIN) 67 69 67, Oscar ZETTERWALL (SWE) 67 65 71

204 – Nirun SAE-UENG (THA) 69 68 67, Panuwat MUENLEK (THA) 68 67 69, Jakraphan PREMSIRIGORN (THA) 65 68 71

205 – Donlaphatchai NIYOMCHON (THA) 68 67 70

206 – Mathiam KEYSER (RSA) 69 69 68

207 – Wisut ARTJANAWAT (THA) 69 69 69