Home / Lain - Lain / Adam Norrodin ganti Khairul Idham di GP San Marino

Adam Norrodin ganti Khairul Idham di GP San Marino

Bekas pelumba Moto3 negara Adam Norrodin akan kembali membuat kemunculan semula dalam kejuaraan motorsikal dunia selepas diberi tanggungjawab untuk menggantikan sementara tempat Khairul Idham Pawi dalam kelas Moto2 di Grand Prix San Marino 15 September ini.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pasukan Petronas Sprinta Racing Adam bakal menggantikan sementara tempat Khairul Idham Pawi yang masih menjalani rawatan tangan kanannya.

Mengikut rekod Adam pernah beraksi dalam kejohanan Moto3 2016-2018 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing dan peluang beraksi dalam kelas Moto2 di GP San Marino nanti pastinya menjadi platform terbaik buat Adam yang kini sedang beraksi di eropah FIM CEV Moto2 bersama pasukan SIC Junior.

“Saya sangat gembira diberi peluang ini, seperti mimpi menjadi kenyataan. Ada sesuatu yang baharu untuk saya pelajari tetapi ia akan menjadi perkara yang menarik buat diri saya, satu kisah baharu dalam kehidupan saya”, ujar Adam.

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali berkata, peluang yang diberikan kepada Adam ialah untuk membolehkannya berkembang dan mengasah bakatnya untuk masa depan.