Home / Hoki / ACT KEJOHANAN PERTAMA BUAT ARUL SELVARAJ

ACT KEJOHANAN PERTAMA BUAT ARUL SELVARAJ

Jurulatih hoki kebangsaan Arul Selvaraj bakal memulakan kejohanan rasminya selaku pengendali Mac tahun hadapan.

Ini selepas pengumuman Persekutuan Hoki Asia (AHF) berhubung jadual perlawanan bagi Kejohanan Trofi Juara Juara Asia lelaki yang ditunda sebelum.

 Venue asal kekal di  Dhaka Bangladesh dan dijadual berlangsung 11 hingga 19 Mac 2020.

Pada asalnya saingan trofi Juara Juara Asia (ACT) sepatutnya menjadi kejohanan terakhir bagi jurulatih kelahiran Belanda Roelant Olthmans.

Namun dengan situasi pandemik Covid-19 yang tidak menentu Olthmans seperti sudah menjangka ACT akan ditunda mengambil langkah segera dengan melepaskan jawatannya.

Dengan Arul Selvaraj sebagai pengganti ACT bakal menjadi kejohanan pertamanya sejak membimbing pasukan kebangsaan sejak Ogos lalu.

Menerusi jadual yang dikeluarkan AHF Malaysia akan memulakan kempen menentang tuan rumah Bangladesh (11 Mac 2021) diikuti dengan Pakistan (12 Mac 2021), Korea (13 Mac 2021) dan pasukan nombor satu Asia India (15 Mac 2021 sebelum melengkapkan aksi menentang Jepun (16 Mac 2021).

Untuk rekod lima edisi sebelum ini menyaksikan Malaysia hanya menamatkan aksi di tempat ketiga.