Dua atlet tenis para negara Abu Samah Borhan dan Mohd Syazwan Jusoh berjaya mendominasi saingan dengan meraih kejayaan 1-2 selain turut cemerlang mengungguli acara beregu.

Kejohanan yang disertai 10 pemain Taiwan selain 2 pemain negara Abu Samah Borhan dan Mohd Syazwan Jusoh nyata berada dalam prestasi amat baik di Taiwan.

Dalam kategori individu kedua-duanya bertemu sesama sendiri di perlawanan akhir sebelum kemenangan memihak kepada Abu Samah dengan keputusan 6-0,4-6 dan 6-3.

Ia secara tidak langsung bakal meletakkan Abu Samah di posisi terbaik untuk meraih tiket automatik ke Sukan Paralimpik 2020 sebaik ranking semasa dikemaskini badan induk tenis dunia.

Abu Samah dijangka akan menduduki ranking ke-40 atau 41 dunia dan sekiranya berjaya berada di ranking ke-40 dia akan layak ke Tokyo secara merit.

Sementara itu dalam saingan beregu Abu Samah dan Syazwan turut cemerlang apabila mengatasi pemain tuan rumah Liau Kei Suk dan Tai Chia dengan keputusan 6-1 dan 6-2 untuk bergelar juara.