Home / Lain - Lain / 48 ATLET NEGARA DI LUAR NEGARA SELAMAT

48 ATLET NEGARA DI LUAR NEGARA SELAMAT

Semua 48 atlet-atlet Malaysia termasuk atlet profesional dan atlet-atlet di bawah Persatuan-persatuan Sukan yang kini berada di luar negara dalam keadaan baik dan selamat.

Atlet-atlet Malaysia kini berada di 13 buah negara berlainan seperti Thailand (15 orang), Amerika Syarikat (12), Australia (7), Jerman (3), UK (2), Jepun (2), Kanada (1), Sweden (1), Perancis (1), Switzerland (1), Singapura (1), Chinese Taipei (1) dan Indonesia (1).

Daripada jumlah tersebut, seramai 25 orang terlibat dalam Program Podium (Renang, Berbasikal, Olahraga, Muay Thai dan Golf) manakala 23 orang di luar Program Podium (Lawan Pedang, Hoki Ais, Bola Sepak, Luncur Ombak, Mendayung, Skating, Golf, Skateboard dan Ragbi).

Antara penyebab atlet-atlet berada di luar negara adalah mengikuti pengajian tinggi atau bersekolah (16 orang), mewakili kelab luar atau atlet profesional (9 orang), mengikuti latihan (15 orang), bermastautin tetap (7 orang) dan bercuti (1 orang).

Perkembangan semua atlet-atlet ini diikuti rapat oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan – Persatuan Sukan masing-masing.

Atlet-atlet yang berada di Amerika Syarikat dan United Kingdom disarankan segera pulang ke tanahair sebelum negara berkenaan lockdown dan semua penerbangan komersial mungkin diberhentikan.