Home / Bola Sepak / 34 PEMAIN B19 TAHUN NEGARA MULA BERKAMPUNG DI WISMA FAM KELANA JAYA

34 PEMAIN B19 TAHUN NEGARA MULA BERKAMPUNG DI WISMA FAM KELANA JAYA

Seramai 34 orang pemain B19 tahun negara melapor diri di kem latihan pusat kebangsaan hari ini sebagai persiapan kejuaraan B20 di Uzbekistan Oktober ini.

Pengendalinya Brad Maloney berkata buat masa ini beliau tidak boleh merancang untuk menganjurkan sebarang perlawanan melainkan menyusun pelan latihan yang bersesuaian dengan keperluan pemain yang sudah lama tidak berlatih.

Pendaftaran masuk pemain di Wisma FAM Kelana Jaya dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran media.

Sebaik melapor diri seramai 17 pemain melakukan ujian swab Covid-19 sementara 17 pemain yang lain telah melakukan ujian tersebut bersama kelab masing-masing sebelum ini.

Taklimat ringkas dikendalikan oleh Brad Maloney serta penyerahan program latihan sepanjang kem ini ini.

Pemain turut dimaklumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti memandangkan kem latihan pusat sehingga 26 Julai 2020 ini masih dalam tempuh perintah kawalan pergerakan dan pemulihan (PKPP).

Wan Ahmad Kuzri hanya akan menyertai pasukan sejurus selesai tempuh kuarantin setibanya dari Amerika Syarikat.