Home / Golf / 22 Pemain bawa cabaran Jalur Gemilang di MMO

22 Pemain bawa cabaran Jalur Gemilang di MMO

22 pemain golf Malaysia bergambar bersama Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat dan Admiral Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor, Presiden Persatuan Golf Malaysia

22 pemain golf Malaysia bergambar bersama Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat dan Admiral Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor, Presiden Persatuan Golf Malaysia. Gambar oleh Global One

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2015 : Seramai 22 pemain golf professional dan amatur Malaysia akan bersaing mengibarkan Jalur Gemilang di Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia yang akan berlangsung dari 5 – 8 Februari di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC).

Mereka akan bersaing bersama-sama dengan 140 pemain lain untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul sebanyak USD3juta. Antara pemain bintang yang menjadi tumpuan di kejohanan ini ialah pemain dari England, Lee Westwood, pemain dari Spain, Miguel Angel Jimenez dan bintang Thailand, Thongchai Jaidee.

Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia dianjurkan bersama oleh Persatuan Golf Malaysia, Asian Tour dan European Tour.