Home / Lain - Lain / Zulfiqar enggan buat keputusan terburu-buru

Zulfiqar enggan buat keputusan terburu-buru

Atlet pecut kebangsaan Muhammad Zulfiqar Ismail enggan buat keputusan sendiri biarpun Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju menyenaraikan
Dwayne I Miller sebagai ketua jurulatih pecut negara.

Jelasnya dia perlu berbincang dengan jruulatih Mohd Poad Md Kassim sama ada akan kekal bersamanya atau dilepaskan kepada Miller.

Sementara itu Mohd Poad ambil pendekatan berdiam diri dan enggan meneruskan perang mulut dengan presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Ini selepas presidennya Datuk Karim Ibrahim menyifatkan Poad mengaku kalah lebih awal dengan menyifatkan peluang Khairul Hafiz Jantan untuk pertahankan emas acara 100m Sukan SEA Filipina hujung tahun ini sebagai sukar.