Home / Lain - Lain / YOODO GANK DALAM KELAS TERSENDIRI

YOODO GANK DALAM KELAS TERSENDIRI

Skuad Sukan Elektronik Negara Yoodo Gank menampilkan kelas tersendiri apabila muncul juara final musim pertama 2020 Kejohanan PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara.

Kejayaan itu membolehkan mereka muncul pasukan kedua negara untuk layak ke kejohanan Liga Dunia selain menewaskan jaguh dunia dari Indonesia Bigetron Red Alien.

Yoodo Gank muncul juara selepas mengumpul 284 mata menerusi 15 pusingan untuk meraih wang kemenangan bernilai USD30,000 bersamaan RM128,000 selain wang tunai tambahan kira-kira RM44,000 menerusi anugerah pasukan paling popular di Malaysia.

Yoodo Gank yang mengutip Chicken Dinner mata kemenangan sebanyak 5 kali dan anugerah pemain terbaik dibarisi empat anak muda berbakat iaitu Aiman Mohamad (Man Parang) sebagai kapten, Abd Ikrami Abd Rashid (Draxx) Mohd Izudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Mereka akan mengiringi satu lagi pasukan negara Team Secret ke Liga Dunia selepas merangkul kejuaraan Liga Professional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah diatas kemampuan Yoodo Gank membuktikan kemampuan bergelar juara dan merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang melakukannya di peringkat Asia Tenggara.