Home / Lain - Lain / Yakult taja 15 pemain terbaik Bawah 12 tahun negara ke Osaka

Yakult taja 15 pemain terbaik Bawah 12 tahun negara ke Osaka

Pengeluar Minuman Susu Kultur Probiotik terkemuka dunia, Yakult (M) Sdn Bhd akan menaja 15 orang pemain terbaik bawah 12 tahun di negara ini bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Global Cup yang akan di adakan di J- Green Sakai, Osaka, Jepun pada 14 hingga 16 September 2019 ini.

Perkara ini di suarakan oleh Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada melalui kenyataan akhabr yang di keluarkan oleh syarikat itu, hari ini.

Bagi melayakkan pemain-pemain ini terpilih untuk bermain di Jepun, mereka perlu melepasi pusingan saringan Yakult Global Cup 2019 yang di adakan di 4 buah zon iaitu di Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan Kelantan di mana 4 pasukan terbaik dari setiap zon akan beraksi di Grand Final yang akan di adakan di Kuala Lumpur.

Pertandingan yang akan bermula dari 29 Jun 2019 sehingga 28 Julai 2019 ini mensasarkan untuk mencari 15 pemain terbaik Malaysia bagi mewakili negara ini ke kejohanan yang berprestij itu.

Mengulas berkaitan perkara ini, Hiroshi Hamada yakin melalui program seumpama ini, ianya mampu melahirkan pemain yang bertaraf dunia satu hari nanti.

“Tujuan kami menganjurkan Yakult Global Cup 2019 ini adalah untuk memberi galakan yang terbaik kepada kanak-kanak di Malaysia untuk menjadi pemain bola sepak egara yang hebat suatu hari nanti.

Saya percaya melalui pendedahan bertaraf antarabagsa seawal usia 12 tahun ini akan dapat membantu melahirkan seorang pemain yang berkualiti suatu masa nanti”

“Selain itu juga, penglibatan pasukan ternama bawah 12 tahun di Asian seperti Buriram Fc and Assumption United Fc dari Thailand, Cerezo Osaka , Fagiano Okayama, Vissel kobe, Voltis Tokushima dari Jepun serta beberapa lagi pasukan lain dari Australia, Korea dan China yang akan menyertai kejohanan yang sama di jangka memberi lebih pengalaman kepada pemain terlibat ini di sana nanti”

“Setakat ini, melalui perbincangan yang telah kami lakukan di 4 zon terlibat, ianya telah mendapat respon positif dari akademi-akademi serta kelab- kelab bola sepak yang berada di seluruh Malaysia untuk menyertai kejohanan ini.

Saya mengharapkan agar semua pemain yang akan terlibat nanti dapat memberikan aksi yang terbaik dalam kejohanan Yakult Global Cup ini seterusnya membawa nama Malaysia pada akasi di Osaka, Jepun September nanti”

Sebagai rekod, kejohanan Yakult Global Cup 2019 akan melibatkan seramai 1,200 pemain kanak-kanak terbaik Malaysia yang akan di adakan di 4 zon terpilih iaitu di Kedah pada 29 Jun 2019 (Padang Stadium Suka Menanti, Alor Star), Melaka pada 6 Julai (Padang 10 Stadium Hang Jebat Melaka) Kuala Lumpur pada 7 Julai (Padang MSN, Bukit Jalil) dan Kelantan pada 13 Julai 2019 (Padang Sekolah Maktab Sulatan Ismail).

Manakala aksi final akan dijalankan pada 27 & 28 Julai 2019 di Padang Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.