Home / Bola Sepak / YAKULT SEDIA BANTU PEMAIN NEGARA MENDAPAT TEMPAT DI LIGA PROFESIONAL JEPUN

YAKULT SEDIA BANTU PEMAIN NEGARA MENDAPAT TEMPAT DI LIGA PROFESIONAL JEPUN

Setelah berjaya membantu Hadi Fayyadh untuk bersama Kelab Bola Sepak Fagiano Okayama di Jepun, pengeluar Minuman Probiotik terkemuka dunia, Yakult (M) Sdn Bhd bersedia untuk membantu lebih ramai lagi pemain negara bagi mendapat tempat di Liga Profesional Jepun (JLeague) tersebut.

Perkara ini di maklumkan oleh Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada ketika sidang media Majlis Menandatangani Kontrak bersama Kelab Fagiano Okayama yang berlangsung di Pusat Latihan Masada Okayama, Jepun.

“ Kejayaan hadi mendapat tempat bermain bersama kelab Fagiano Okayama merupakan kegembiraan kepada pihak kami. Saya melihat bakat yang di pamerkan oleh Hadi semasa Kejohanan Bola Sepak Piala Sanix yang berlangsung di Fukouka, Jepun, Mac yang lepas. Ketika itu, pihak kami (Yakult Malaysia) menaja pasukan Malaysia bawah 18 tahun negara menyertai kejohanan tersebut sebagai persediaan sebelum berlangsungnya kejohanan AFF dan AFC bawah 19 tahun.”

“ Hadi menyuarakan keinginannya untuk bermain di Jepun selepas pertandingan itu. Oleh yang demikian pihak kami membantunya bagi mendapat tempat di sini. Saya mengharapkan kejayaan Hadi ini akan membuka ruang bagi lebih ramai lagi pemain muda Malaysia beraksi dalam JLeague. Pihak kami juga akan membantu mana-mana pemain negara yang ingin mencuba nasib di sini”

Sementara itu, Pengurus Besar Kelab Fagiano Okayama, Tokuhiko Suzuki mengucapkan tahniah kepada Hadi kerana telah berjaya menjadi Pemain Malaysia pertama bermain dalam Liga Bola Sepak Profesional Jepun (JLeague) dan mengharapkan agar Hadi dapat membantu kelab tersebut layak ke Divisyen Satu, JLeague.

“ Sebagaimana yang kita ketahui, Hadi merupakan pemain Malaysia pertama yang bermain dalam Liga Peofesional Jepun. Kami akan memberikan peluang yang sama rata kepada semua pemain, sekiranya Hadi berjaya menunjukkan prestasi yang baik, beliau akak di turunkan dalam kesebelasan utama setiap perlawanan.”

“ Kami juga mengharapkan agar Hadi dapat membantu kelab ini layak ke Divisyen Satu, JLeague pada tahun hadapan. Sebagai pemain muda dalam kelab ini juga, pihak kami akan menyediakan sesi latihan khas yang khusus untuk Hadi dan pemain muda yang lain bagi meningkatkan kemahiran bermain bola sepak”

Sebagai rekod, penyertaan Hadi dalam JLeague di kira sebagai penyertaan pertama pemain Malaysia kerana ketika Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim bersama kelab bola sepak Ryukyu pada tahun 2013, kelab tersebut bermain dalam liga Japan Football League (JFL), sebuah liga semi profesional dan bukannya JLeague. Kelab Bola Sepak Ryukyu Japan mula menyertai JLeague pada tahun 2014.

(Kredit : Yakult Malaysia & Sporflex)