Home / Bola Sepak / Yakult Malaysia – Cerezo Osaka bakal anjurkan Malaysia Dream Project 2020

Yakult Malaysia – Cerezo Osaka bakal anjurkan Malaysia Dream Project 2020

Hasil kejayaan Asean Dream Project 2019 Yakult Malaysia sekali lagi tampil bekerjasama bersama kelab utama Liga J Jepun Cerezo Osaka menganjurkan satu lagi program yang dinamakan Malaysia Dream Project yang akan bermula pada April 2020.

Kali ini 15 pemain remaja terbaik bawah 15 tahun Malaysia berpeluang menjalani latihan di Akademi kelab berkenaan di Osaka.

Pemeteraian memorandum persefahaman program Malaysia Dream Project 2020 antara Yakult Malaysia dan Cerezo Osaka telah berlangsung diantara wakil Yakult Malaysia Hiroshi Hamada manakala Cerezo Osaka menampilkan presidennya Hiroaki Morishima.

Apa yang pasti Akademi Cerezo Osaka kini bagai tidak asing lagi buat pemain-pemain remaja negara menimba pengalaman serta pengetahuan asas bola sepak.

Sebelum ini empat pemain bawah 19 tahun negara pernah berlatih di bawah Akademi Cerezo termasuk penyerang sensasi Luqman Hakim Shamsudin.

Selain pemain bawah 15 yang dibawa ke sana menerusi program Asean Dream Project tetapi kali ini Yakult dan Cerezo Osaka mahu menggandakan jumlah pemain untuk diberi pendedahan demi mengeratkan hubungan bola sepak Malaysia dan kelab berkenaan.

Mengikut perancangan sesi pemilihan untuk mendapatkan 15 pemain terbaik akan dijalankan pada bulan April tahun hadapan di tiga lokasi seluruh Malaysia yang masih belum ditetapkan.

15 pemain berkenaan akan diterbangkan ke Jepun pada bulan Jun bagi mengharungi perlawanan persahabatan dan latihan dalam tempuh yang juga masih belum dipastikan.

Selain itu pemain berkenaan juga berpeluang menyaksikan perlawanan kompetitif Liga J membabitkan Cerezo Osaka.