Home / Lain - Lain / YAKEB SALURKAN BANTUAN FASA PERTAMA KEPADA 35 BEKAS ATLET

YAKEB SALURKAN BANTUAN FASA PERTAMA KEPADA 35 BEKAS ATLET

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menunggu lama bagi menyalurkan bantuan peruntukan yang diterima dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada ahlinya yang berdepan kesukaran akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menerusi tujuh inisiatif proaktif KBS yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 20 Mac lalu YAKEB menerima bantuan RM100,000.00.

Menurut Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed seramai 35 bekas atlet termasuk 7 atlet para sudah mendapat bantuan RM500 setiap seorang yang didebitkan terus ke akaun masing-masing sejak Khamis lalu.

Pengagihan bantuan ini adalah untuk meringankan beban ahli yang terkesan akibat PKP terutama kepada mereka yang hilang punca pendapatan seperti peniaga kecil-kecilan, pemandu teksi dan jurulatih kelas latihan.

Peruntukan berkenaan disalurkan KBS dalam usaha membantu dan menyokong bekas atlet yang memerlukan bantuan sepanjang 14 hari perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan bermula 18 Mac hingga 14 April.

Seramai 50 bekas atlet bakal menerima bantuan YAKEB bagi fasa kedua yang bakal disalurkan secara berperingkat